Kim Jong Un arahkan ‘sokongan’ untuk Palestin, sedia bekalkan senjata kepada Hamas

Kim Jong Un arahkan ‘sokongan’ untuk Palestin, sedia bekalkan senjata kepada Hamas

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un menggerakkan sokongan untuk Palestin susulan peperangan Israel dengan kumpulan Hamas.

Menurut Pengarah Agensi Perisikan Kebangsaan Korea Selatan Kim Kyou-hyun, pemimpin Korea Utara itu dipercayai mengarahkan 'pelbagai sokongan' untuk Palestin.

Memetik Korea Herald, beliau mengesyaki ia merupakan usaha mendapatkan keuntungan daripada peperangan tersebut.

Kenyataan beliau dipetik oleh ahli Dewan dan setiausaha eksekutif bagi jawatankuasa perisikan Dewan Negara, Yoo Sang-bum dalam sesi audit 2023 Perhimpunan Nasional Korea Selatan, pada Rabu.

Beliau berkata, Korea Utara boleh terlibat dalam perdagangan senjata dengan kumpulan Hamas.

Terdahulu, Korea Utara dilaporkan menyalahkan Israel sebagai punca pertumpahan darah di Gaza akibat pertempuran tentera Israel dan kumpulan Hamas.

Menurut media negara itu, Rodong Sinmun, masyarakat antarabangsa mendakwa pertempuran yang berlanjutan sekarang adalah akibat daripada tindakan jenayah berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo