Ibu berpakat dengan kawan culik anak kandungnya sendiri sebagai tebusan untuk mendapatkan wang daripada bapa mangsa

Ibu berpakat dengan kawan culik anak kandungnya sendiri sebagai tebusan untuk mendapatkan wang daripada bapa mangsa

BOGOTA, Colombia – Seorang wanita di Colombia merancang penculikan anak lelakinya sendiri bersama beberapa rakan untuk mendapatkan wang daripada bapa mangsa, lapor laman berita Oddity Central.

Kes penculikan seorang budak lelaki di Caribe Verde, selatan Barranquilla itu tular pada 12 November lalu.

Kanak-kanak berusia 2 tahun itu diragut daripada tangan ibunya ketika mereka berada di tepi jalan.

Dua suspek menaiki motosikal dan bertopi keledar menghampiri wanita itu dan melarikan anaknya.

Orang awam kemudian melaporkan penemuan seorang kanak-kanak berdasarkan gambar mangsa di sebuah apartmen di Caribe Verde.

Sepasukan polis yang menyerbu rumah itu mendapati mangsa dijaga oleh seorang pemuda.

Apabila polis menyoal pemuda itu, suspek mengaku dia adalah kawan kepada ibu budak berkenaan. Dia diminta menjaganya selama beberapa hari untuk memeras ugut wang 60 juta peso (RM5.06 juta) daripada bapa mangsa.

Media Colombia melaporkan bahawa kanak-kanak berusia 2 tahun itu kini berada dalam jagaan bapanya, sementara ibunya menunggu pertuduhan di penjara. – AGENSI

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo