100 doktor Israel tandatangan petisyen gesa tentera Israel bom semua hospital di Gaza

100 doktor Israel tandatangan petisyen gesa tentera Israel bom semua hospital di Gaza

TEL AVIV - Kira-kira 100 doktor Israel telah menandatangani surat terbuka menyeru tentera mengebom hospital di Genting Gaza dengan menuduh ia adalah infrastruktur yang digunakan pejuang Hamas.

Surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani itu menyatakan adalah wajar bagi mengebom hospital kerana penduduk Gaza membiarkan ia dijadikan sarang pengganas.

Isi kandungan surat itu juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan pihak tentera menyasarkan hospital di seluruh Gaza.

"Merekalah (penduduk Gaza) yang membawa kemusnahan ke atas diri mereka sendiri," menurut isi kandungan tersebut.

Surat tersebut mendapat kecaman meluas selepas ia disiarkan di platform X.

Sejak kitaran keganasan tercetus pada 7 Oktober lalu, Israel telah berulang kali mengebom hospital di wilayah Palestin yang dikepung.

Paling diingati, Israel mengebom Hospital Al-Ahli di utara Gaza sehingga meragut hampir 500 nyawa termasuk pesakit dan orang awam.

Selain hospital, Israel turut menyasarkan ambulans yang membawa penduduk Gaza yang cedera selepas kediaman mereka dibedil. - Agensi




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo