KHABAR TERKINI WANI DAN ANAK-ANAKNYA

 


Ain Meymey KHABAR TERKINI WANI DAN ANAK-ANAKNYA.


Untuk Makluman Tuan/Puan warga Sandakan.

Semalam (29 Jun 2021) kami telah menziarahi keadaan Saudari Wani bersama anak-anaknya yang viral baru-baru ini di Facebook, bertempat di Kampung Mangkalinau (Sedco 10), rupanya mereka menumpang di rumah sepupu.


Alhamdulillah mereka dalam keadaan baik, bersama ziarah ini kami membawa set barangan dapur dan empat bungkus nasi goreng pattaya, memandangkan katanya mereka hanya makan bubur saja pada malam itu.

Wani sebelum ini berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran, kini telah terputus sumber pendapatan, kerana tempat kerjanya sampai sekarang belum meneruskan operasi seperti biasa disebabkan PKP.


Alhamdulillah, pada hari ini sudah ramai telah menghulurkan bantuan, hari ini Saudari Wani sendiri menyatakan bahawa bantuan yang diterima sudah cukup banyak dan menyarankan untuk orang ramai berhenti memberi kepadanya dan beralih memberi bantuan kepada orang lain yang lebih memerlukan pula.



Semoga mereka sentiasa mendapat perlindungan di sisi Allah, di kesempatan ini kami menyeru kepada ayah dari anak-anak ini agar menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, tanggungjawab anda masih tetap anda pikul meskipun telah bercerai dengan isteri.

SIAPA YANG TUDUH KELUARGA NI SCAMMER SEMALAM, SHAME ON YOU!


Sekian terima kasih.


Sumber : FB Pertubuhan Kebajikan Imam Nawawi Sabah / Lazdrop Asia


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo