Kes pukul penghantar makanan, 3 suspek ditahan. Suspek utama positif dadah

Kes pukul penghantar makanan, 3 suspek telah ditahan. Suspek utama positif dadah

Klang: Polis mengesahkan tiga suspek yang disyaki terbabit kes pukul tepi jalan di persimpangan lampu isyarat, Jalan Langat-Klang di sini, Ahad lalu, sudah ditangkap.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan dilakukan oleh pasukan D7 daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bermula 6.30 petang semalam.

"Polis menangkap tiga suspek warga tempatan yang berumur antara 28 hingga 39 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta.

"Semakan ke atas semua suspek mendapati, mereka mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

"Ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek mendapati, suspek utama yang berumur 39 tahun positif methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Klang Selatan turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelas beliau, permohonan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dimohon di Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

Semalam, Hoong Fong dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa, seorang warga tempatan berusia 21 tahun mendakwa ditahan oleh sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki.

Beliau berkata, mangsa melaporkan seorang daripada lelaki berkenaan bertindak memukul dan merosakkan motosikal miliknya.





@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo