Innalilahiwainnailaihirojiun ,Datuk Seri Johari Harun antara mangsa nahas pesawat terhempas


Innalilahiwainnailaihirojiun ,Datuk Seri Johari Harun antara mangsa nahas pesawat terhempas

Kuala Lumpur: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian dekat Elmina petang ini.

Ketika kejadian, Johari yang juga Ketua Umno bahagian Bentong, dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor.

Kematian Johari dikongsi oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, menerusi ciapan di Twitter sambil berkongsi gambar kenangan dalam mesyuarat bersama Allahyarham.

"Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam.

"Amat mendukacitakan apabila membabitkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato' Sri Johari Harun, Exco Pahang yang juga Adun Pelangai di bawah Parlimen Bentong.

"Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lalu, saya bersama Allahyarham Dato' Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak," katanya

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo