Ibu, 'tomboy' ditahan dera budak 7 tahun

Ibu, 'tomboy' ditahan dera budak 7 tahun

Kejadian menimpa kanak-kanak berusia tujuh tahun itu akhirnya terbongkar selepas jiran di kawasan perumahan dipercayai di sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya dipercayai ibu kandungnya.

Kejadian menimpa kanak-kanak berusia tujuh tahun itu akhirnya terbongkar selepas jiran di kawasan perumahan dipercayai di sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.

Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita adalah rakannya yang berperwatakan seperti lelaki (tomboy) berusia 30 tahun.

Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, turut memaparkan kecederaan teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam pada malam semalam.




"Tangkapan sudah dilakukan pada ibu kandung dan teman perempuan (tomboy) manakala mangsa dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail) untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.





Mohd Sohaimi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenan.







@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo