Bayi perempuan dijumpai ditinggalkan di tepi tong sampah

Bayi perempuan dijumpai ditinggalkan di tepi tong sampah

"Terdapat banyak anjing liar di kawasan ini terutamanya di tapak pembuangan sampah. Nasib baik ada yang menemuinya dengan cepat," tambahnya.

KUCHING: Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui ditinggalkan di tepi tong sampah di kawasan Moyan Batu Kawa sekitar jam 7.30 pagi hari ini.

Difahamkan bayi terbabit ditemui oleh pekerja kontraktor pemungut sampah ketika mengosongkan sampah dari tong sampah tersebut.

"Tiba-tiba saya nampak mereka melambai ke arah saya dari seberang jalan. Ketika saya menghampiri tong sampah, mereka memberitahu saya ada bayi di sana," kata penjual kuih, Xiew Ping ketika ditemui pemberita. 

Dia menambah, mereka kemudian membuat panggilan kecemasan memaklumkan mengenai penemuan bayi tersebut.

"Kami kemudiannya membawa bayi tersebut ke kedai kopi berhampiran sementara menunggu bantuan.

"Bagaimanapun, kami tidak memberinya susu kerana kami tidak mempunyai susu formula bayi di kedai kopi dan semua kedai di sini masih ditutup," tambahnya.





Dia juga berkata bayi itu kelihatan sihat dan comel sambil menambah bahawa dia bertuah kerana ditemui.

"Terdapat banyak anjing liar di kawasan ini terutamanya di tapak pembuangan sampah. Nasib baik ada yang menemuinya dengan cepat," tambahnya.

Kira-kira jam 8.40 pagi, dua wanita menawarkan diri menghantar bayi itu ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kes berkenaan sekitar jam 9.18 pagi tadi yang dibuat di Balai Polis Batu Kawa.

"Saya mengesahkan laporan polis telah diterima hasil maklumat orang awam yang telah menelefon balai berkenaan berkaitan penemuan bayi yang masih hidup berdekatan dengan tempat pembuangan sampah berdekatan pasar raya Moyan Square, Batu Kawa. 

"Bayi berkenaan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk rawatan dan pemeriksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis masih dalam penyiasatan mengenai kes ini. 

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo