Anak beri ibu makan 20 pil tidur, cekik dengan selendang sampai mati

Anak beri ibu makan 20 pil tidur, cekik dengan selendang sampai mati

KISAH anak berlaku kejam ke atas ibunya membuatkan ramai terkedu.

Seorang ahli fisioterapi ditahan polis apabila menghadirkan diri ke balai polis Bengaluru, negeri Karnataka di India pada Isnin.

Dia dicekup kerana membawa bersama mayat ibunya yang dimasukkan ke dalam beg pakaian.

Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan, Sonali Sen, datang ke balai polis dengan beg pakaian beroda yang mengandungi mayat seorang wanita dalam keadaan meringkuk.

Sonali, 39, mengaku kepada polis bahawa dia menggunakan kain selendang untuk mencekik ibunya yang berusia 71 tahun.

Suspek sebelum itu memaksa mangsa menelan pil tidur dan lebih mendukacitakan, ketika kejadian ternyata anak suspek juga berada di dalam rumah.

Selepas pemeriksaan lanjut, polis mendapati suspek turut menyembunyikan gambar arwah suami ibunya di dalam beg dengan mayat itu.

Ketua polis tempatan C K Baba berkata, Sonali memberikan kira-kira 20 pil tidur kepada ibunya pada pagi Isnin.

"Selepas mangsa mengadu sakit perut akibat pengambilan pil itu, mangsa kemudian dicekik hingga mati oleh suspek yang juga anak perempuannya.

"Kejadian dipercayai berlaku antara 11 pagi hingga 11.30 pagi selepas suami suspek keluar bekerja.

"Ketika pembunuhan itu, ibu mentuanya dan anaknya turut berada di dalam rumah itu tetapi di bilik berbeza," katanya.

Sonali ada mengambil ubat tekanan darah tinggi, tetapi difahamkan tidak mempunyai sejarah penyakit mental.

Sonali kini sedang disiasat kerana membunuh. 

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo