Suami tawar RM500 minta orang ramai jejak sampai dapat doktor curang dengan isteri di Madinah

SEORANG lelaki dari Sabah menjadi perhatian netizen selepas membongkar perbuatan curang membabitkan isterinya dengan suami orang ketika sama-sama berkhidmat di Makkah, tahun lalu.

Menerusi pendedahan di Facebook, si suami berkongsi bukti lebih 20 tangkap layar mesej perbualan antara isterinya dengan individu bergelar doktor itu.

Berdasarkan perbualan di aplikasi WhatsApp itu, si doktor dilihat acap kali menghantar mesej dengan bertanya khabar kepada wanita berkenaan.

Perbualan antara mereka berlanjutan sehinggalah pada penghujung Julai tahun 2022 apabila lelaki itu meluahkan isi hatinya yang sudah jatuh cinta kepada wanita berkenaan.


"Hi saya nak beritahu ni sebenarnya saya dah mula sukakan A***. Awak ni baik hati dan banyak tolong saya dalam buat kerja.

"Saya tak pernah ada perasaan macam ni semenjak berkahwin. Sorry sebab cakap macam ni. I love you," luah doktor berkenaan yang dipercayai mempunyai seorang isteri dan anak perempuan.


Difahamkan mereka bertugas sebagai petugas kesihatan di Makkah atas anjuran Lembaga Tabung Haji selama lebih dua bulan iaitu antara 6 Jun hingga 11 Ogos 2022.

ramai untuk berkongsi maklumat mengenai keberadaan dan butiran lelaki yang mengganggu rumah tangganya.

"Kepada sesiapa yang mengenali suami isteri tersebut dan dapat bagi butiran tempat kerja, tolong mesej saya secara peribadi terus.


"Saya bagi RM500 saguhati. Tujuan untuk tindakan mahkamah. Mesti cari sampai dapat," tulisnya dalam hantaran berkenaan sambil berkongsi sekeping foto keluarga doktor terbabit.

Untuk rekod, menurut portal e-Syariah, perbuatan curang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997) kerana menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Selain itu mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.
















@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo