Lelaki miliki 8 Isteri tinggal sebumbung, akui lebih bahagia "Setiap isterinya ditempatkan di empat bilik tidur berbeza, dua orang setiap bilik, dan mereka mengikut giliran untuk bersama suami serta tiada masalah dengan susunan itu."

Lelaki miliki 8 Isteri tinggal sebumbung, akui lebih bahagia

"Setiap isterinya ditempatkan di empat bilik tidur berbeza, dua orang setiap bilik, dan mereka mengikut giliran untuk bersama suami serta tiada masalah dengan susunan itu."



Bangkok: Pelukis tatu di Thailand menjadi perhatian di media sosial apabila mempunyai lapan isteri dan tinggal sebumbung dalam suasana bahagia.

Ong Dam Sorot mendedahkan dia tinggal bukan dengan seorang wanita tetapi lapan orang di bawah satu bumbung sebagai satu keluarga besar yang bahagia.

Dia yang masih muda berkongsi perkara itu dalam program YouTube pelawak Thailand yang menerima lebih tiga juta tontonan.

Dalam rancangan itu, Sorot memperkenalkan satu demi satu isterinya dan bercerita mengenai bagaimana mereka bertemu, manakala lapan wanita terbabit masing-masing menggambarkan suami mereka sebagai lelaki yang baik, paling bertimbang rasa dan mudah bergaul.

Kata Sorot, dia bertemu isteri pertama, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya dan melamarnya terus untuk berkahwin, sementara isteri kedua, Nong L ditemui di pasar dan Nong Nan, isteri ketiga di hospital.


Isteri keempat, kelima dan keenam masing-masing berkenalan di Instagram, Facebook dan TikTok, manakala isteri ketujuh, Nong Film ditemui ketika dia ke kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya.

Dua daripada isteri Sorot kini sedang hamil dan dia sudah mempunyai seorang anak lelaki dengan Nong Sprite.

Setiap isterinya ditempatkan di empat bilik tidur berbeza, dua orang setiap bilik, dan mereka mengikut giliran untuk bersama suami serta tiada masalah dengan susunan itu.

Ketika pertama kali suaminya bercakap mengenai poligami dan mahu mengahwini madu kedua, Nong Sprite berkata, dia hanya bersetuju kerana menyayangi suaminya terutama apabila Sorot jujur terhadap perkara berkenaan.

Dia juga memberitahu mahu bertemu wanita berkenaan terlebih dahulu sebelum memberi persetujuan.

Bagi tujuh wanita yang bersetuju mengahwini Sorot meskipun tahu dia sudah beristeri, rata-ratanya memaklumkan jatuh cinta dengan lelaki itu dan reda untuk berpoligami.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo