Hidayah dakwa disihir sejak arwah Abam meninggal dunia


 KUALA LUMPUR: Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, mendakwa dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey menghadapi gangguan mistik sejak suaminya meninggal dunia.


Berikutan itu, Siti Norhidayah atau lebih mesra disapa Hidayah menerusi hantaran Instagram (IG) memohon jasa baik orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai individu yang mempunyai ilmu perubatan Islam yang boleh merawat mereka.


"Saya minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz atau ustazah yang mempunyai kepandaian merawat sihir yang boleh mengubati saya dan Hamzah yang disihir dan mengalami gangguan mistik sejak arwah suami meninggal dunia.


"Mohon kepada sesiapa dapat membantu saya dan Hamzah, bolehlah menghubungi abang saya, Azmier. Assalamualaikum," katanya menerusi hantaran video di IG.


Hidayah berkata, gangguan mistik dihadapi sejak arwah Abam meninggal dunia dan berlarutan sehingga hari ini, ia sekali gus memberi petanda Hidayah dan Hamzah sudah lebih tiga tahun berhadapan dengan gangguan berkenaan.


Terdahulu, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.


Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo