Laporan Polis : Zahid tak gentar disiasat kerana beliau telus

Laporan Polis : Zahid tak gentar disiasat kerana beliau telus

"Jadi saya sebagai seorang yang sangat telus, sedia untuk disiasat pihak polis kerana kita yakin apa yang diadukan oleh mereka tidak ada asas,” katanya.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan, beliau sedia disiasat berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, oleh pemimpin parti Bersatu.

"Jadi saya sebagai seorang yang sangat telus, sedia untuk disiasat pihak polis kerana kita yakin apa yang diadukan oleh mereka tidak ada asas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama Transformasi Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara kerajaan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat swasta di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Ahmad Zahid menyifatkan laporan berkenaan sebagai aduan politik.

"Masalah politik harus diselesaikan dengan cara politik. Aduan polis tidak menyelesaikan masalah. Mereka (Bersatu) mahu mempertahankan diri, tetapi tiada kemampuan,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Anwar yang juga Presiden PKR, berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Bernama.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo