Bapa maut, anak cedera dalam kemalangan, mangsa maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri, manakala kereta mengalami kerosakan bahagian hadapan

Bapa maut, anak cedera dalam kemalangan, mangsa maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri, manakala kereta mengalami kerosakan bahagian hadapan. 

MUKAH: Seorang pembantu pergigian maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di kawasan Bukit Dinding, Jalan Mukah-Selangau, di sini, hari ini. 

Mangsa, 43, maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri, manakala kereta mengalami kerosakan bahagian hadapan. 

Penumpang iaitu anak mangsa, 19, hanya mengalami kecederaan bengkak di tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Alza itu kira-kira jam 6.36 pagi. 

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa bergerak dari arah Selangau menuju ke Mukah, ketika melalui selekoh hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Beliau turut mendedahkan keadaan jalan pada masa kejadian adalah basah, struktur jalan selekoh dan sistem jalan dua hala dengan garisan putih putus-putus pembahagi jalan. 

Sehubungan itu, kenderaan mangsa dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk pemeriksaan Puspakom, manakala mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah. 

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Gambar 1-3: TERBABAS... Kereta yang dipandu mangsa ditemui di tepi jalan.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo