Pemuda maut dibelasah orang ramai selepas merogol seorang nenek berusia 100 tahun


Pemuda maut dibelasah orang ramai selepas merogol seorang nenek berusia 100 tahun

SEORANG pemuda berusia 22 tahun maut selepas dibelasah oleh penduduk kampung yang berang, selepas mereka mengesyaki lelaki tersebut merogol seorang wanita berusia 100 tahun, menurut laporan. ...

Pius Mwireri maut selepas mengalami kecederaan serius akibat dipukul penduduk kampung Karundori di Runyenjes, Embu County, Kenya, kata polis.

Suspek yang juga seorang pelajar universiti, dilaporkan menceroboh kediaman wanita warga emas tersebut dan merogolnya ketika mangsa sedang tidur.

Warga emas berkenaan sempat meminta pertolongan dan penduduk kampung segera bergegas ke rumahnya untuk memberikan bantuan.

Mayat Mwireri dihantar ke hospital Kyeni dan pihak berkuasa sedang menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, wanita warga emas tersebut dilaporkan turut dikejarkan ke hospital yang sama untuk pemeriksaan selepas kejadian itu.

Mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Ikuti channel telegram Liputan 7 untuk update berita semasa dalam dan luar negara!



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo