Wanita bingung hos pam minyak tak sampai dengan keretanya
"Pemandu wanita kereta Mercedes bingung mengisi minyak kerana mendakwa hos pam terlalu pendek dari keretanya"
Tular satu video memaparkan seorang wanita berusaha berkali-kali untuk mengisi minyak keretanya namun gagal kerana didakwa hos pam minyak terlalu pendek.
Kejadian tersebut dirakam oleh pemandu yang juga sedang mengisi minyak di tempat kejadian. Wanita tersebut kelihatan seperti kebingungan kerana jarak kereta dan hos pam minyak tidak sampai.
Wanita itu cuba mengalihkan kenderaannya kepada posisi yang berbeza namun gagal kerana wanita itu mendakwa hos pam minyak terlalu pendek.
Kemudian wanita tersebut membuat pengiraan jarak dari hos pam kepada tangki minyak kereta menggunakan langkah kaki namun tetap gagal.
Setelah beberapa kali percubaan akhirnya wanita itu berjaya mengisi minyak kereta.
Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon netizen. Menjengah di ruangan komen ada netizen mengatakan bahawa kereta itu yang salah bukan wanita tersebut.
"Kereta tu yang salah, bukan wanita tu"
"Bukan hos pendek, tapi akal pendek"
@liputan_7