Hospital Taiping kesal posting Nurul Iqa dimanipulasi


Hospital Taiping kesal posting Nurul Iqa dimanipulasi

"Wanita itu juga turut memuat naik sebuah lagi hantaran pada 3 Ogos lalu dengan menyatakan terdapat banyak lagi kecuaian dari pihak tak bertanggungjawab sehingga membuatkan arwah anaknya menderita."

TAIPING – Hospital Taiping kesal dengan tindakan beberapa buah portal berita serta halaman Facebook yang memanipulasi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita di akaun media sosial miliknya sehingga menyebabkan pihaknya mendapat kritikan dan kecaman dari netizen.

Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof berkata, perkongsian penceritaan peribadi bertajuk Simpan Kenangan Anak Syurga Ibu dan Ayah yang dimuat naik oleh pemilik Facebook Nurul Iqa pada 2 Ogos lalu telah tular di media sosial.

“Hasil siasatan awal mendapati, perkongsian peribadi pemiliknya telah disalah guna oleh beberapa pemilik blog termasuk beberapa halaman Facebook yang memetik tajuk dengan tujuan menyalahkan pihak tertentu sehingga menyebabkan kematian anak kepada penulis (Nurul Iqa).

“Susulan itu, Hospital Taiping mengambil inisiatif berjumpa dengan waris bayi berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan aduan mengenai Unit Kejururawatan di Jabatan Perubatan Pediatrik bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, pihak Hospital Taiping berharap agar tidak ada lagi mana-mana pihak yang mengambil isu itu bagi tujuan tular dan memberi ruang kepada siasatan yang dilakukan secara wajarnya.

Tinjauan ke laman Facebook Nurul Iqa mendapati, wanita tersebut telah memuat naik hantaran sebanyak 21 perenggan itu pada 2 Ogos lalu pada pukul 3.34 petang bagi menceritakan keadaan bayi lelakinya, Putera Muhammad Fayyaz Muhammad Jiman berusia 40 hari yang diletakkan di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) bermula dari tarikh lahirnya pada 23 Jun hingga 1 Ogos lalu.

“Start (mula) dia sakit hari Rabu, oksigen dia mula drop (turun) dan susah sangat-sangat nak naik sebab dia dah penat, disebabkan kecuaian segelintir nurse (jururawat) yang menjaga dia, tak semua nurse cuai, hanya segelintir,” katanya pada perenggan ke-13 dalam penulisan tersebut.

Wanita itu juga turut memuat naik sebuah lagi hantaran pada 3 Ogos lalu dengan menyatakan terdapat banyak lagi kecuaian dari pihak tak bertanggungjawab sehingga membuatkan arwah anaknya menderita.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo