VIDEO - Polis kesan individu halang lalu lintas


Polis kesan individu halang lalu lintas

"Video berkenaan menunjukkan berlaku perselisihan faham antara dua individu kira-kira jam 5.03 petang"

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan dua individu terlibat dalam pergaduhan di Jalan Sungai Besi, Pudu di sini menerusi video yang tular pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perselisihan faham antara kedua individu tersebut dimuat naik dalam video oleh seorang pemilik akaun Tik Tok.

Video berkenaan menunjukkan berlaku perselisihan faham antara dua individu kira-kira jam 5.03 petang.

Salah seorang individu terlibat telah menghalang laluan jalan raya di lokasi kejadian, katanya dalam kenyataan pada Isnin.




Katanya, pihaknya telah mengesan individu terlibat dalam kejadian tersebut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diharap agar segera tampil bagi membantu siasatan, katanya.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo