Suami takut kena marah dengan bini didenda RM1,400


Suami buat laporan palsu takut dimarahi istri didenda RM 1,400


"Tertuduh merayu kepada mahkamah supaya hukuman ringan dikenakan dengan alasan tertuduh tiada pilihan dan terpaksa membuat laporan palsu kerana kehilangan wang yang diamanahkan isterinya."


Melaka: Seorang lelaki didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas didapati bersalah membuat laporan polis palsu kerana takut dimarahi isteri selepas wang diberi wanita berkenaan hilang Jun tahun lalu.


Majistret Analia Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fairuz Malik, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja membuat laporan polis palsu berkaitan kejadian samun. Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 jika sabit kesalahan.


Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, pada jam 5.45 petang.


Prosiding pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.


Tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari merayu kepada mahkamah supaya hukuman ringan dikenakan dengan alasan tertuduh tiada pilihan dan terpaksa membuat laporan palsu kerana kehilangan wang yang diamanahkan isterinya.




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo