Cerai Istri ketika berpantang, sebab tak tahan selalu kena pukul

'Saya ceraikan dia sebab tak tahan selalu kena pukul'

NILAI - Seorang lelaki menafikan yang dia menceraikan isteri yang masih dalam pantang hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini diceraikan suami ketika masih dalam pantang.

Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya yang berumur empat, dua tahun dan bayi berusia 17 hari.

Bekas suaminya, yang berusia 30-an itu berkata, tindakannya menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan sikap bekas isteri yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.

Menurut beliau, masyarakat hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan ia seolah-olah memberi gambaran yang dirinya suami tidak bertanggungjawab.

"Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia mengugut mahu mencederakan saya.

"Bagi saya itu agak melampau. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya apabila kami bergaduh. Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan ceraikan dia," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, dia terkesan apabila video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membunuh diri tular di media sosial, sehubungan itu dia memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.

Katanya, hanya dia dan bekas isteri sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduh.

"Kami pernah bercerai pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri. Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab," katanya yang turut membuat laporan polis.

Bagaimanapun beliau tetap sayangkan anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukumnya.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok berkenaan seorang wanita yang cuba membunuh diri selepas diceraikan suami ketika masih dalam pantang.

Sumber: Sinar Harian

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo