Ibu tumbuk bibir, hidung anak hingga berdarah kerana berang dengan suami

Ibu tumbuk bibir, hidung anak hingga berdarah kerana berang dengan suami

New Delhi: Seorang ibu di India bukan sahaja tergamak mendera bayinya, malah turut merakam perbuatan itu sebelum video mengenainya tular di media sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai.

Thulasi, 22, berkahwin dengan pasangannya, Vadivazhagan empat tahun lalu dan menetap di perkampungan Mottur di Tamil Nadu. Mereka dikurniakan dua anak.

Bagaimanapun, pasangan itu kerap bergaduh menyebabkan Vadivazhagan menghantar isteri dan anaknya ke rumah keluarga di Andhra Pradesh.

India Today melaporkan Thulasi menumbuk anaknya berusia 18 bulan hingga berdarah hidung dan mulut dan lebih mengejutkan apabila dia sering mendera bayi terbabit serta merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit.

Dalam video yang lain, Thulasi dilihat mengetuk kaki bayinya selain belakang badan kanak-kanak itu lebam dipercayai dipukul dengan teruk.

Apabila ahli keluarga Thulasi melihat video terbabit, mereka memaklumkannya kepada Vadivazhagan yang kemudian mengambil anaknya dan membawa pulang ke Villupuram.

Sementara itu, datuk kanak-kanak itu, Gopalakrishnan berkata, mereka tidak sedar mengenai penderaan yang berlaku, tetapi tahu yang Thulasi pernah membawa anaknya ke hospital di Puducherry untuk rawatan, sebulan lalu.


Susulan video tular itu, warganet mendesak pihak polis mengambil tindakan ke atas Thulasi.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo