Kanak-kanak lelaki 12 tahun cedera ditumbuk bapa kandung

Kanak-kanak lelaki 12 tahun cedera ditumbuk bapa kandung

GERIK - Seorang kanak-kanak lelaki cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Perah dekat sini pada Ahad.

Lebih malang, kejadian menimpa kanak-kanak berusia 12 tahun itu berlaku selepas sehari mangsa menyambutan ulang tahun kelahiran.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, siasatan awal mendapati, pada Sabtu sekitar jam 6 petang, mangsa telah dibawa oleh ibu saudaranya balik ke rumah dengan alasan untuk menyambut hari jadi mangsa.

Menurutnya, kanak-kanak itu telah bermalam di rumah berkenaan dan akan dihantar pulang pada lewat petang keesokan harinya.

"Sekitar jam 5 petang pada Ahad, bapa mangsa telah datang ke rumah tersebut lalu terus menumbuk dan menendang bahagian belakang badan mangsa.

"Lelaki berusia 37 tahun itu juga bertindak melibas parang yang berada di tangannya hingga hampir mengenai mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Gerik dan rawatan dijalankan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan peha.

Katanya, polis yang menerima laporan kejadian itu telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek pada Isnin.

"Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.






@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo