Boikot produk kena ikut adab Islam jangan terburu-buru – Ustaz Muhaizad

Boikot produk kena ikut adab Islam jangan terburu-buru – Ustaz Muhaizad

PETALING JAYA – Tidak perlu sampai boikot, tetapi masyarakat harus lebih bijak berfikir dan perbuatan itu perlu sejajar dengan adab dan akhlak Islam.

Menerusi perkongsian di TikTok, pendakwah bebas, Ustaz Muhaizad menyatakan bahawa sambil memahami kebenaran boikot dalam Islam, kita perlu menjalankannya dengan bijak dan beradab.

Ini melibatkan penggunaan ilmu, akhlak serta pertimbangan keperluan asas harian agar tidak mendatangkan kemudaratan yang tidak perlu dan memelihara maruah agama Islam.

Beliau menjelaskan, berhubung isu hukum memboikot sama ada wajib atau tidak, ia perlu kembali kepada keadaan dan suasana.

“Boikot menjadi wajib apabila produk yang dimaksudkan adalah produk yang boleh kita tinggalkan tanpa kemudaratan jika kita tidak mengambilnya.

“Tetapi jika produk yang dimaksudkan itu adalah keperluan asas harian yang tidak boleh dielakkan oleh umat Islam, maka tidak salah bagi orang Islam untuk membelinya asalkan tidak ada yang setanding dengannya.

“Apa yang penting di sini ialah memboikot dengan ilmu dan akhlak, bukan memboikot secara terburu-buru tanpa berfikir panjang sehingga mendatangkan kemudaratan yang tidak sepatutnya,” ujarnya.

Ruangan komen dipenuhi dengan rentetan pekerja dan penghantar makanan yang turut terkesan dengan isu boikot ini.

“Sangat jelas pencerahan, terima kasih Ustaz. Kami rider rasa tertindas sebab isu boikot, mereka tidak faham,” komen Mukmin Rashid.

“Betul ustaz cakap. Terpulang pada individu itu sendiri nak makan atau tidak. Kalau nak boikot semua benda, nampaknya kita kena tanam sayur dan bela ayam sendiri,” tambah Noryn.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo