Arab Saudi beri amaran kepada Amerika, pencerobohan Israel ke Palestin akan membawa malapetaka

Arab Saudi beri amaran kepada Amerika, pencerobohan Israel ke Palestin akan membawa malapetaka

RIYADH: Pegawai Saudi dengan tegas memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa hari lalu bahawa pencerobohan darat Israel ke Semenanjung Gaza hanya akan membawa malapetaka kepada rantau Asia Barat.

Perkara  itu dinyatakan oleh Senator Richard Blumenthal, ahli Jawatankuasa perkhidmatan tentera AS yang merupakan salah seorang daripada 10 senator yang mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

“Kepimpinan Saudi berharap operasi darat dapat dielakkan atas sebab kestabilan serta kehilangan nyawa,” kata Blumenthal kepada The New York Times pada Khamis.

Pegawai Saudi memberi amaran ia akan “sangat berbahaya,” tambahnya.

Pegawai kanan Saudi telah menyampaikan nasihat yang cukup keras kepada rakan sejawatan mereka dari AS di mana mereka bimbang pencerobohan darat boleh bertukar menjadi bencana bagi seluruh wilayah.

Seorang pegawai pentadbiran Biden berkata adalah jelas bahawa Arab Saudi tidak mahu pencerobohan Israel ke atas Gaza.

AS telah berulang kali menegaskan adalah menjadi hak Israel untuk mempertahankan diri sejak serangan Hamas yang mengorbankan lebih 1,400 orang di Israel.

“Jangan ada keraguan,” kata Presiden Joe Biden baru-baru ini. “Amerika Syarikat menyokong Israel.” – Agensi



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo