5 wanita korbankan barang kemas demi membantu rakyat di Palestin

5 wanita korbankan barang kemas demi membantu rakyat di Palestin

"Mereka sanggup berkorban dan melepaskan barang kemas masing-masing untuk disalurkan kepada rakyat Gaza yang masih diserang tentera Israel sejak 7 Oktober lalu," katanya.

Kuala Lumpur: Bukan hanya wang ringgit didermakan bagi membantu rakyat Palestin, malah lebih mengejutkan apabila ramai wanita tempatan sanggup 'mengorbankan' barang kemas dipakai bagi tujuan sama.

Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM) Zulkifli Wahijan berkata, semangat luar biasa itu ditunjukkan golongan wanita ketika pihaknya melakukan siri jelajah bagi menerangkan situasi terkini di Tebing Gaza selain mengumpulkan derma bagi disalurkan kepada saudara seagama di sana.


"Ada lebih lima wanita yang ditemui bertindak menanggalkan cincin, gelang tangan dan rantai dipakai sebelum menyerahkan kepada pihak MCM.

"Mereka sanggup berkorban dan melepaskan barang kemas masing-masing untuk disalurkan kepada rakyat Gaza yang masih diserang tentera Israel sejak 7 Oktober lalu," katanya.

Menurutnya, ramai rakyat negara ini yang bersimpati dan tidak henti menyalurkan sumbangan kewangan bagi membolehkan rakyat Gaza diselamatkan.

"Semangat dan solidariti ditunjukkan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin ini cukup luar biasa.

"Setakat ini MCM sudah memperuntukkan RM1.5 juta sumbangan untuk misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Kos itu membabitkan pelbagai jenis bentuk bantuan kecemasan.

"Sebanyak RM900,000 bantuan awal disalurkan MCM berbentuk makanan dan minuman. Ini termasuk makanan kering seperti kacang dan ikan di dalam tin selain gandum dan sebagainya. Buat masa ini bantuan itu berjaya dibawa masuk ke kawasan bergolak di Gaza," katanya.


Beliau berkata, bagi dana lain digunakan untuk membeli ambulans, katil, kerusi roda dan bekalan ubat-ubatan berjumlah RM500,000.

"Selain itu terdapat barangan yang dibeli dari Malaysia seperti beg mayat, sarung tangan, selimut, susu tepung serta botol susu untuk bayi bernilai RM100,000. Semua barangan itu akan dihantar melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri ke Gaza," katanya.

Zulkifli bersyukur berikutan dapur MCM di Gaza masih lagi utuh dan tidak dibom oleh tentera Israel.

"Dapur itu masih beroperasi dan digunakan untuk memasak makanan dan disedekahkan kepada rakyat Gaza sehingga kini," katanya

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo