Dua pasangan kekasih didakwa maut dalam sebuah kenderaan ketika melakukan hubungan seks akibat sesak nafas
Nigeria - Tular berita kematian di sosial media pasangan kekasih yang didakwa maut ketika melakukan hubungan seks dalam sebuah kenderaan Toyota Sienna di lebuh raya Lagos - Ibadan pada Selasa, walaubagaimanapun pihak polis menafikan dakwaan tersebut.
Ketika pihak berkuasa sampai di tempat kejadian suasana telah menjadi kecoh dengan kenderaan mangsa dikerumuni orang ramai yang menyaksikan kedua mayat pasangan itu. Ramai antara mereka mengambil kesempatan dengan mengambil gambar dan video kejadian menggunakan smartphone masing-masing.
Menurut saksi kejadian mendakwa bahawa kenderaan itu sudah terbengkalai disitu sejak 2 hari lalu. Namun tidak menyangka bahawa ada mayat dalam kenderaan itu. Orang ramai di tempat kejadian membuat pelbagai spekulasi yang mendakwa bahawa pasangan kekasih itu meninggal dunia ketika melakukan hubungan seks.
"Kereta ni sudah terbengkalai di sini sejak 2 hari lepas, jika sesiapa mengenali kenderaan ini atau mangsa sila buat laporan di balai polis terdekat" saksi
Laporan hasil siasatan pihak polis menyatakan bahawa kedua-dua pasangan kekasih ini bukan meninggal dunia ketika melakukan hubungan seks tetapi ianya satu pembunuhan.
Menurut Pegawai Polis Oyeyemi, seorang lelaki bernama Akeem telah dilaporkan di balai Polis Ilaje cawangan Lagos atas tuduhan serangan. Lelaki itu didakwa menghentak kepala kekasihnya dengan objek keras seperti helmet sehingga tidak menyedarkan diri.
"Pasangan kekasih ini bukan meninggal dunia ketika melakukan hubungan seks tetapi ianya satu pembunuhan. Kerana lelaki yang bernama Akeem itu telah dilaporkan di balai polis Ilaje atas tuduhan serangan terhadap kekasihnya. Lelaki itu dilaporkan menghentak kepala kekasihnya dengan objek keras seperti helmet sehingga tidak menyedarkan diri
"Cemas dengan kejadian itu, lelaki tersebut memasukkan kekasihnya di dalam sebuah kenderaan dan memandu dengan membawa senapang. Tidak lama kemudian polis mendapat laporan daripada orang awam yang menemui kedua-dua pasangan itu telah meninggal dunia dalam satu kenderaan Toyota Sienna"
Kematian lelaki bernama Akeem itu masih dalam siasatan polis dan besar kemungkinan lelaki itu membunuh diri sendiri kerana takut atas perbuatanya yang memukul kekasihnya hingga maut. Posisi mayat pasangan itu seolah-olah berada dalam keadaan melakukan hubungan seks sehingga mencetuskan spekulasi yang didakwa saksi kejadian. - Agensi
@liputan_7