Isteri nafi bvnuh, hanya kerat anggota badan suami dan disimpan dalam peti ais sahaja


Isteri nafi bvnuh, hanya kerat anggota badan suami dan disimpan dalam peti ais sahaja

Seorang isteri berusia 36 tahun bertindak di luar batas kemanusiaan dengan membunuh serta mengerat anggota badan suaminya(30 tahun) kepada beberapa bahagian dan disumbat ke dalam peti ais. ...

Rusia - Marina Kukhal mendakwa dia tidak bersalah dan tidak melakukan pembunuhan tersebut sebaliknya suaminya maut akibat ketagihan dadah. Suaminya sering isap dadah di apartment mewah mereka dan Kukhal menemui mayat suaminya terbaring dengan dadah yang berselerakkan. Kukhal hanya mengerat anggota tubuh badan suaminya kepada beberapa bahagian dan simpan dalam peti ais sahaja.

Peguam bela Kukhal mendakwa Kukhal tidak melakukan pembunuhan tersebut kerana pihak berkuasa gagal menemui sebarang bukti yang membuktikan jika Kukhal yang melakukan pembunuhan tersebut.

"Anak guam saya berada dalam keadaan baik dan sedar ketika memberikan penjelasan mengenai kejadian itu, dia sering bertanya apa yang dia dah buat? Saya tak bunuh pun" kata peguam bela

Anggota tubuh badan mangsa( yang kelahiran Ukraine) itu ditemui beku di dalam peti ais namun beberapa organ badan mangsa didapati hilang dan masih menjadi misteri.

Kukhal memotong anggota tubuh badan suaminya menggunakan penukul,pisau,kapak dan mangkuk plastik selama 4 hari.

Kes masih dalam siasatan kerana tiada sebarang bukti yang kukuh untuk membuktikan jika Kukhal pembunuh atau suaminya benar mati kerana ketagihan dadah. - Agensi


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo