Purata gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,037 - Jabatan Perangkaan Malaysia

Purata gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,037 - Jabatan Perangkaan Malaysia

"Kenaikan purata gaji rakyat Malaysia bukti usaha kerajaan meningkatkan pendapatan isi rumah berjaya" 


KUALA LUMPUR: Purata gaji bulanan rakyat Malaysia berada pada RM3,037 tahun lalu, meningkat 9.1 peratus berbanding RM2,933 tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, bilangan penerima gaji dan upah bulanan tahun lalu berjumlah 9.7 juta orang, dengan penerima berusia 45 hingga 54 tahun meraih pendapatan bulanan purata tertinggi iaitu RM3,865.


"Bagi penerima berusia 15 hingga 24 tahun, mereka menerima gaji bulanan purata RM1,659, manakala 25 hingga 34 tahun (RM2,664), 35 hingga 44 tahun (RM3,637) dan 55 hingga 64 tahun (RM3,608).

"Mengikut jantina pula, lelaki menerima gaji bulanan purata lebih tinggi sebanyak RM3,085, manakala wanita pula pada RM2,968," katanya dalam laporan Statistik Gaji & Upah 2021.


Bagaimanapun, purata gaji bulanan yang dicatatkan pada 2021 lebih rendah daripada RM3,224 pada 2019 dan RM3,087 pada 2018.

Mengikut negeri, DOSM berkata, Wilayah Persekutuan Putrajaya menerajui perolehan gaji bulanan purata kepada RM4,504 tahun lalu berbanding RM4,497 pada 2020, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan RM4,013, menokok berbanding RM3,823.

Di tempat ketiga ialah Selangor dengan gaji bulanan purata RM3,543, diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dengan RM3,268, manakala Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing RM3,080 dan RM3,045.

"Enam negeri melebihi paras nasional bagi gaji purata pada 2021 iaitu RM3,037," katanya.


Mengikut sektor pula, perlombongan dan pengkuarian merekodkan gaji purata bulanan tertinggi iaitu RM5,040, diikuti perkhidmatan (RM3,254), pembuatan (RM2,606), pembinaan (RM2,347) dan pertanian (RM1,776).

Purata gaji dan upah bulanan mengikut warganegara adalah RM2,844 tahun lalu, meningkat berbanding RM2,747 tahun sebelumnya.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo