VIDEO - Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta curi dalam keadaan terbakar


Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta curi dalam keadaan terbakar

"Polis giat memburu sekumpulan lelaki disyaki terbabit kes samun bersenjata dengan menggunakan kenderaan curi yang ditemukan terbakar di kawasan Taman Sentosa"


Klang: Polis giat memburu sekumpulan lelaki disyaki terbabit kes samun bersenjata dengan menggunakan kenderaan curi yang ditemukan terbakar di kawasan Taman Sentosa, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima aduan pada 11.26 pagi dari mangsa, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pengurus barangan dalam talian.

Katanya, suspek yang menaiki Perodua Myvi menyamun mangsa kira-kira 8.30 pagi di hadapan kedai di kawasan Jalan Sungai Jati di sini dengan menggunakan senjata menyebabkan kerugian RM3,000.

"Siasatan juga mendapati, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kejadian itu berlaku dan mangsa ada menularkan rakaman video itu di media sosial," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, kira-kira 10.55 pagi, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kereta terbakar di Taman Sentosa dan siasatan mendapati kereta itu kenderaan sama digunakan ketika menyamun mangsa.




"Semakan berdasarkan nombor casis dan nombor enjin kereta itu mendapati kereta terbabit dilaporkan hilang pada 14 Julai lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo