Polis sahkan terima dua laporan kes buli MRSM Kuantan

Polis sahkan terima dua laporan kes buli MRSM Kuantan

“Kita sedang menyiasat setiap sudut kes ini berdasarkan laporan yang telah dibuat." - Polis


KUANTAN - Polis Kuantan mengesahkan ada menerima dua laporan polis berhubung kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, laporan itu dibuat oleh ibu kepada pelajar terbabit dan pihak warden MRSM Kuantan.

“Kita sedang menyiasat setiap sudut kes ini berdasarkan laporan yang telah dibuat.

“Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Jumaat tular di media sosial Facebook, pengguna Nazrah Mohamed yang mendakwa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan MRSM Kuantan berhubung kes buli membabitkan anaknya.

Dalam hantarannya itu, ibu mangsa mendakwa wujud perbuatan khianat dan budaya gangsterism di sekolah itu.

Nazrah dikatakan turut berkongsikan baju sekolah anaknya yang diconteng dan rambut digunting ketika tidur.

Perkongsian itu mendapat perhatian dan pelbagai reaksi daripada warga maya apabila lebih 22,000 perkongsian dan 10,000 komen.

Beliau menjelaskan perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat kerana memerlukan penyiasatan yang amat teliti.

Foto-foto buli oleh pelajar senior terhadap anak mangsa :



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo