Istri parah ditikam suami


Istri parah ditikam suami

"Mangsa dan suaminya masih dalam proses penceraian dan tidak tinggal bersama."



Satu kejadian cubaan bunuh telah berlaku di belakang sebuah gereja di Jalan Batu Kawa pada 21 Oktober 2021 pada jam lebih kurang 7.30 malam.

Mangsa seorang perempuan berumur 35 tahun pada awalnya meminta izin keluar dari rumah Taman Desa Wira, Jalan Batu Kawa daripada pengadu (ibu mangsa) yg berumur 57 tahun untuk berjumpa dengan suaminya (saspek) umur 35 tahun bertempat di belakang sebuah Gereja di Batu Kawa, Jalan Batu Kawa Kuching. Mangsa dan suaminya masih dalam proses penceraian dan tidak tinggal bersama.

Tidak lama kemudian pengadu (ibu mangsa) menerima panggilan daripada orang awam mengatakan anak perempuannya telah di tikam menggunakan objek yang tajam dan mengalami kecederaan yang teruk. 

Mangsa yang ditemui oleh orang awam di lokasi kejadian dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mangsa mengalami beberapa kesan tikam dibahagian belakang badan, luka di kepala dan leher.
   
Usaha mengesan saspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut bolehlah menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082- 862233.

SUPT Abang Zainal Abidin Bin Abg Ahmad
Ketua Polis Daerah Padawan
Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan
Siburan, Sarawak.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo