Suspek dibebaskan, Mahkamah tolak permohonan reman pemilik Rumah Bonda
PETALING JAYA – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan reman terhadap suspek kes dera melibatkan mangsa seorang remaja orang kelainan upaya (OKU).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, permohonan reman berkenaan telah ditolak bagaimanapun siasatan berhubung kes tersebut akan terus dijalankan.
“Reman ditolak, namun siasatan masih dijalankan dan suspek akan memberikan kerjasama kepada pihak polis,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang penahanan seorang wanita berusia 29 tahun yang hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur semalam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja OKU.
Sumber : K! ONLINE
@liputan_7